Kerjaya muzik Jung_Eun-ji

Apink

Rencana utama: Apink

Pada bulan Mac 2011, Jung telah didedahkan sebagai ahli keempat Apink melalui sebuah video dalam talian beliau menyanyikan lagu "Love You I Do".[6] Jung menyertai ahli kumpulan yang lain untuk merakam Apink News sebelum debut.[7] Pada 21 April 2011, Jung membuat penampilan pertamanya sebagai penyanyi vokal utama Apink dalam M! Countdown menerusi dua lagu, "Mollayo" dab "Wishlist" dari album mini pertama mereka, Seven Springs of Apink.[8]

Kerja solo

Jung dan Yang Yo-seob menyanyikan lagu duet, "Love Day" untuk projek A Cube for Season #Green.[9] Pada bulan Ogos 2012, Jung merekodkan dua lagu promosi, "All For You" dan "Our Love Like This" bersama Seo In-guk untuk runut bunyi drama Reply 1997.[10][11] "All For You" menjadi salah satu daripada lagu paling laris pada tahun tersebut di dalam Carta Gaon.[12][13] Pada tahun 2013 dan 2014, Jung bekerjasama bersama Huh Gak untuk lagu duet bertajuk "Short Hair" dan "Break Up To Make Up".[14][15] Beliau mengeluarkan lagu solo pertamanya bertajuk "Its You" untuk runut bunyi drama Three Days.[16]

Pada 18 April 2016, Jung membuat debut sebagai artis solo menerusi album mini Dream yang terdiri daripada 6 lagu.[17] Lagu "Hopefully Sky" menduduki tempat teratas dalam lapan carta muzik tempatan.[18] Album ini terjual sebanyak 30,000 salinan selepas ianya dikeluarkan.[19] Pada bulan April 2017, Jung mengeluarkan album kedua beliau bertajuk The Space.[20] Dari 3 sehingga 5 Jun 2017, Jung mengadakan konsert solo pertamanya bertajuk “Attic” di Dewan Samsung Universiti Wanita Ewha.[21][22]

Rujukan

WikiPedia: Jung_Eun-ji http://www.allkpop.com/2011/04/apink-releases-debu... http://www.allkpop.com/article/2011/05/a-pink-take... http://www.allkpop.com/article/2012/07/a-pinks-eun... http://www.allkpop.com/article/2012/09/a-pinks-eun... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://apink.hyundaimedia.com/ http://www.imdb.com/name/nm5813319/ http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a...